Ahad, 17 April 2011

ASAL-USUL NAMA DAN SEJARAH

Kampung ini diterokai oleh 3 keluarga Melayu pada tahun 1962.ketika itu kawasan ini merupakan kawasan rimba berpaya yang tiada sebarang petempatan. Terdapat sebatang sungai menyusur ke persimpangan jalan di pinggir kampung. Apabila tiba musim hujan, aliran air sungai itu melimpah ke kawasan paya. Di kawasan paya itu terdapat begitu banyak spesies ikan kalang (keli). Oleh kerana terlalu banyak ikan kalang hilir mudik di persimpangan sungai menghala ke paya itu, maka keluarga Melayu yang meneroka kampung bersepakat menamakan kampung ini sebagai "KAMPUNG SIMPANG KALANG"